

FAQs
- Berapakah yuran pendaftaran kemasukan?
Promosi Yuran Daftar 50% iaitu sebanyak RM300 sahaja bagi program diploma, asasi dan degree (yuran asal adalah RM600)
- Apakah bantuan kewangan yang disediakan?
Antaranya PTPTN/PTPK, Zakat, potongan EPF/ KWSP dan potongan 10% bagi yang membayar yuran pengajian sendiri tanpa permohonan PTPTN.
- Bagaimana dengan asrama pelajar?
Asrama pelajar terletak di University Apartment dan Kawasan sekitar Jalan Sulaman, dengan bayaran deposit RM150 sebelum masuk asrama.
- Bagaimana penempatan kerja selepas tamat pengajian?
Pelajar berpeluang tinggi untuk diserap bekerja selepas tamat tempoh pengajian berikutan program di NBUC banyak mendapat permintaan kerja.
- Berapa yuran pengajian semester?
Yuran pengajian bergantung dengan program pengajian. Bagi program asasi, yuran pengajian adalah RM5000 (setahun & boleh dibayar secara beransur), program diploma (RM18K-RM 23K) dan ijazah sarjana muda (RM30K-RM36K)
- Adakah elaun disediakan?
Bagi program diploma, elaun sara diri (one-off) akan diberikan bagi pelajar dari kategori B40. Manakala program degree, elaun sara diri akan diberikan setiap semester.
- Syarat kelayakan permohonan?
Bergantung dengan program yang dipohon. Bagi program Diploma, sekurang-kurangnya perlu mempunyai 3 kredit SPM. Bagi program Degree, sekurang-kurangnya perlu mempunyai PNGK 2.00 semasa STPM atau Diploma
- Bolehkah saya bayar yuran pengajian melalui potongan KWSP?
Ya boleh, dan anda akan mendapat 10% potongan yuran pengajian
- Apakah kaedah pembelajaran yang digunakan?
Merangkumi teori, kemahiran & praktikal
- Apakah bahasa pengantar yang digunakan?
Kelas diajar dalam Bahasa Malaysia & Bahasa Inggeris serta nota percuma untuk setiap subjek.
- Bagaimana dengan aturan jadual kelas?
Kelas dari Isnin-Jumaat, terdapat 3 sesi setiap hari (8.00 am-11.00 am, 11.00 am-1.00 pm dan 2.00 pm-5.00 pm)
